Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' kini kembali beraksi untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Karpal Singh pula.
Ini ekoran gambar Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal meninggal, sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk, disebarkan dengan meluasnya di laman sosial media.
Walaupun belum dipastikan tujuan beliau berada di kawasan itu, laman web Suara TV melaporkan bahawa Ibrahim mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung dan beliau telah pergi ke lokasi itu, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.
Laporan itu turut berkata bahawa laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.
Sementara itu, pengguna Twitter kebanyakkannya menyindir perbuatan Raja Bomoh itu.
Ada yang berkata perbuatannya memalukan masyarakat Melayu di negara ini dan ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan beliau.
Sebelum ini, Raja Bomoh telah mencuri tumpuan kejadian MH370, apabila beliau antara lain, melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya serta melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing untuk mencari lokasi pesawat itu.
Tindakannya yang mendapat liputan antarabangsa telah disindir oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
T K Letchumy Tamboo
Sun Apr 20 2014
Ibrahim Mat Zin - Gambar Fail
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther
Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther
Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan
Semua 12 suspek penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak mendapat tawaran jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Bersatu perlu kaji kerjasama politik dengan DAP - Mohd Rafiq
Perbuatan sia-sia pimpinan DAP akan meretakkan hubungan antara komponen Pakatan Harapan yang akhirnya boleh menyebabkan kehancuran Pakatan Harapan sebelum PRU 15.
Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.
Jangan sampai kes seperti Kevin Morais itu berulang - Peguam
Pihaknya telah mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk tingkatkan tahap keselamatan 24 jam kepada Hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai satu jaminan kepada beliau.
Badan kehakiman buat laporan polis berhubung dakwaan dalam afidavit
Badan kehakiman telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap hakim yang tidak dinamakan dan institusi itu dalam afidavit yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Back
Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP
DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu depan bagi membincangkan pengurniaan darjah dan bintang kebesaran yang diterima anggota parti itu.
Isu serban: Raja Petra mohon maaf
Beliau dimaklumkan serban Sikh sangat dihormati dan mereka kurang senang jika ada memperlekeh.
Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan - Gobind
Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.