Tindakan tegas akan diambil terhadap nelayan yang didapati sengaja meninggalkan pukat mereka di laut sehingga menjadi 'pukat hantu', kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata perbuatan segelintir nelayan yang sengaja berbuat demikian tidak boleh diterima kerana ia mengganggu serta membunuh hidupan laut.
"Pukat hantu bukan isu baru. Pukat hantu yang ditinggalkan, mengancam perairan negara. Segala pukat yang mengganggu kehidupan laut akan dirampas segera. Sesiapa yang langgar syarat (pukat), akan diambil tindakan.
"Saya guna budi bicara dan peraturan yang ada. Jika ulangi kesilapan yang sama, memang tiada maaf," katanya kepada pemberita selepas hadir sesi bersama nelayan di Kampung Sungai Chengkeh, 35 minit dari pekan Pontian, pada Ahad.
Pukat hantu merujuk kepada pukat yang ditinggal dan tertinggal, di mana ia memerangkap ikan atau habitat karang dan akhirnya memusnah sumber perikanan.
Salahuddin mengulas laporan media berkaitan kewujudan pukat hantu di perairan negara yang memerangkap hidupan laut, termasuk ikan paus, ikan lumba-lumba, anjing laut dan penyu.
BACA: 'Jaring hantu' ancam terumbu karang Miri
Laporan itu menyebut, di perairan Malaysia, sukar untuk menganggarkan jumlah pukat hantu tersadai di dasar laut atau hanyut dibawa arus, kerana tiada data dikumpul mengenainya kecuali penemuan oleh penyelam setiap kali melakukan aktiviti di dasar laut.
Selain berpunca daripada pukat atau jaring nelayan tempatan yang tersangkut di dasar atau terputus serta hanyut ketika cuaca buruk, keadaan diburukkan oleh perbuatan nelayan asing yang menceroboh perairan apabila nekad memutuskan pukat sebelum membiarkannya hanyut setiap kali mengelak ditahan pihak berkuasa.
BACA: Penyu tempayan dilepaskan semula ke laut
Pukat hantu yang sering ditemui penyelam setiap kali menjalankan aktiviti di dasar laut, bukan saja berisiko memerangkap hidupan marin, malah mampu 'membunuh' terumbu karang yang menjadi sumber makanan dan pembiakan ikan.
Terdahulu, Salahuddin meluangkan masa dalam sesi dialog bersama komuniti nelayan yang antara lain mahukan kebajikan mereka terbela antaranya isu jaring, rumah dan bantuan hidup.
BACA: Tahukah anda plastik sekali guna ambil masa 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai?
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
Pukat hantu merujuk kepada pukat yang ditinggal dan tertinggal, di mana ia memerangkap ikan atau habitat karang dan akhirnya memusnah sumber perikanan. - Gambar hiasan
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Pukat hantu: Tindakan tegas terhadap nelayan - Salahuddin
Perbuatan segelintir nelayan yang sengaja berbuat demikian tidak boleh diterima kerana ia mengganggu serta membunuh hidupan laut.