Kepelbagaian warisan, budaya, kaum dan bangsa serta agama di Pulau Pinang menjadikan negeri itu unik dan ia perlu dikekalkan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah keunikan yang ada di Pulau Mutiara itu berjaya menarik kunjungan dari negara luar ke negeri itu.
Al- Sultan Abdullah bertitah, baginda sendiri kagum dengan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang baik dari segi insfrastruktur dan juga ekonomi.
Justeru, baginda menzahirkan harapannya untuk melihat Pulau Pinang terus membangun dan menjadi sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia.
"Harapan saya untuk melihat Pulau Pinang sentiasa dimajukan, dan yang penting, rakyat Pulau Pinang harus kekal bersatu, kerana Pulau Pinang negeri yang dikenali ramai di dunia tentang sejarah kecantikan, keharmonian dan masyarakat berbilang kaum.
"Harus positif dan bukan sebaliknya," titah baginda pada Majlis Santapan Bersama Rakyat berbilang kaum di sini, malam tadi.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee serta pegawai kanan pentadbiran negeri.
Pada majlis santapan itu, Seri Paduka berdua turut dipersembahkan dengan tarian kebudayaan, nyanyian dan persembahan pentas oleh Harith Iskander.
Baginda juga sempat beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 20 2019
Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama masyarakat Sikh pada Majlis Santapan Bersama Rakyat Berbilang Kaum di The Top, Komtar, malam tadi. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Pasca PRU15: Tiada MP BN sokong Muhyiddin dilantik PM10 - Zambry
Tiada ahli parlimen BN yang yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Agong jalani prosedur pemeriksaan kesihatan susulan di IJN
Menurut kenyataan itu, kesihatan Baginda berada secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
PRU15: Agong ingatkan jangan fitnah, provokasi semasa kempen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru calon-calon dan penyokong parti politik yang akan bertanding pada PRU15 mengamalkan pendekatan berhemah kelak.
Agong titah agar kesucian agama sentiasa dipelihara, dihormati
Baginda menuntut agar kesucian semua agama untuk sentiasa di pelihara dan dihormati pada sebilang masa.
1 Ogos diisytihar cuti umum di Pahang
Hari Kelepasan Am itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video.
Akta A1642 berkaitan Sabah, Sarawak berkuat kuasa hari ini - Wan Junaidi
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan agar Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 berkuat kuasa pada hari ini (11 Februari).
Agong, Raja Permaisuri santuni orang ramai, peniaga
Seri Paduka Baginda berdua sebelum itu singgah di restoran tersebut ketika dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan tersebut memandangkan tiada di antara mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut setakat ini.
Agong berkenan terima panggilan telefon Presiden Turki, zahir keprihatinan berhubung isu Palestin
Antara intipati perbincangan ialah hubungan dua hala serta serangan Israel yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.