awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang potong gaji Exco, salur kepada Tabung Harapan Malaysia

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
31/05/2018
08:42 MYT
Pulau Pinang potong gaji Exco, salur kepada Tabung Harapan Malaysia
KON YEOW: Nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Pulau Pinang bersetuju supaya gaji Ketua Menteri dan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dipotong sebanyak sebanyak 10 peratus berkuat kuasa Jun ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow yang memaklumkan keputusan sebulat suara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.
Menurut Kon Yeow, nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat.
"Gaji pokok Ketua Menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 sebulan manakala gaji 10 orang ahli Exco akan dipotong RM1,210.92 seorang. Ini menjadi jumlah sumbangan keseluruhan kepada Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM13,526.80 sebulan.
"Keputusan sebulat suara ini adalah selari dengan ketetapan yang dibuat Kerajaan Persekutuan seperti yang diumum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa gaji pokok jemaah menteri akan dipotong 10 peratus serta-merta," katanya dalam sidang media di Georgetown pada Khamis.
Beliau turut memaklumkan bahawa pemotongan akan terus dilakukan sehingga pihaknya mendapat arahan baharu untuk menghentikannya.
Jelas beliau, pihaknya prihatin dengan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan hari ini dan ingin sama-sama membantu meringankan beban tersebut.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.
BACA: 'Tabung Harapan Malaysia' untuk rakyat bantu pulih kewangan negara - PM
Menurut Dr Mahathir, inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Exco
#gaji
#keputusan
#Ketua Menteri
#Pakatan Harapan
#Tabung Harapan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan