awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pupuk pengambilan makanan sihat di sekolah, cegah obesiti - Subramaniam

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2018
11:08 MYT
Pupuk pengambilan makanan sihat di sekolah, cegah obesiti - Subramaniam
Warga pendidik di sekolah diharap dapat memainkan peranan dalam memupuk gaya pengambilan makanan sihat di sekolah dalam usaha mencegah obesiti dalam kalangan pelajar. -Gambar fail/Bernama
Warga pendidik di sekolah diharap dapat memainkan peranan dalam memupuk gaya pengambilan makanan sihat di sekolah dalam usaha mencegah obesiti dalam kalangan pelajar.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata guru memainkan peranan penting dalam mengawasi apa yang dimakan murid-murid ketika berada di sekolah.
“Garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah dikeluarkan dalam memastikan hanya makanan sihat dijual di kantin sekolah.
"Malah pakar pemakanan juga telah diarahkan untuk mengadakan program bersama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) agar maklumat mengenai pemakanan sihat dapat dikongsi bersama ibu bapa,
“Tetapi guru-guru juga perlu menjadi mata-mata kepada usaha ini kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan di sekolah,” katanya selepas merasmikan “Kem Nak Sihat” peringkat Kampung Simpang Loi, Segamat di SK Spang Loi pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Subramanium berkata kira-kira 80 hingga 85 peratus rakyat negara ini tidak suka makan sayur dan buah-buahan selain hanya menjamah lauk dan nasi semata-mata.
Jelasnya, gaya pengambilan makanan yang diamalkan itu tanpa disedari memberi kesan yang buruk dan menyebabkan kira-kira 45 peratus rakyat di negara ini mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Topic Berkaitan
#Dr S Subramaniam
#garis panduan
#guru
#Kementerian Pendidikan
#kesihatan
#obesiti
#pekeliling
#pelajar
#rakyat
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan