awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat pentadbiran kerajaan negeri Perak bakal dipindahkan

Bernama
Bernama
07/08/2018
05:16 MYT
Pusat pentadbiran kerajaan negeri Perak bakal dipindahkan
Pemilihan Bandar Meru Raya yang terletak kira-kira 15 minit dari Ipoh dibuat kerana kawasan itu bukan sahaja sedang giat membangun, malah mempunyai banyak pejabat jabatan dan agensi kerajaan persekutuan. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan bercadang memindahkan pusat pentadbiran di sini ke Bandar Meru Raya, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata pemilihan Bandar Meru Raya yang terletak kira-kira 15 minit dari sini dibuat kerana kawasan itu bukan sahaja sedang giat membangun, malah mempunyai banyak pejabat jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.
"Ini akan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan, namun cadangan ini perlu dihalusi dan kajian secara holistik dilakukan.
"Selain itu, konsep dan cadangan pembangunan, keperluan sosial, jaringan pengangkutan awam perlu diambil kira sepenuhnya sama seperti sebelum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Dr Muhd Fadhil Nuruddin (Amanah-Kamunting) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri ke-14 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Antara jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang terdapat di Bandar Meru Raya adalah Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Selain itu, Ahmad Faizal berkata pihaknya juga bercadang memindahkan kediaman Menteri Besar Perak di sini ke Bandar Meru Raya memandangkan rumah sekarang tidak lagi sesuai diduduki atas faktor keselamatan dan pembangunan pesat di kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Ipoh
#kediaman MB
#keselamatan
#Menteri Besar
#Meru Raya
#Perak
#pindah
#pusat pentadbiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan