Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang dijilat api awal pagi tadi mengorbankan 23 penghuninya belum mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (C-C-C), menurut Menteri Kesejahteraaan Bandar,Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Noh yang merupakan antara terawal bergegas ke tempat kejadian dimaklumkan oleh pihak bomba di lokasi, pusat tahfiz berkenaan belum mendapat sebarang kelulusan setakat ini.

"Kita dah terima (permohonan) tetapi kalau seperti yang ditunjukkan kepada saya tadi pelan asalnya ialah ia sepatutnya berkonsep terbuka," kata Noh.

"Ertinya, tingkat tiga itu sepatutnya terbuka dan memnpunyai dua tangga keselamatan dan tidak ada dinding.namun saya nak mengesahkan di sini bahawa pihak bomba belum lagi memberi kelulusan C-C-C kepada pihak tahfiz ini tetapi pihak Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah beroperasi," katanya.

BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius

BACA: Pusat tahfiz terbakar: 'Periksa balik semua sekolah tahfiz' - Netizen

Pusat Tahfiz
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 'Mereka macam anak saya sendiri' - Saksi awal

Tambah Noh, jika peraturan yang ditetapkan terutamanya oleh pihak bomba tentunya kejadian seperti apa yang berlaku awal pagi ini mampu dielakkan.

"Sayapun naik ke atas tadi dan melihat sendiri terdapat tembok yang membahagi bangunan di atas itu sepatutnya tidak wujud kalaulah mengikut pelan asal. Sepatutnya sebelum ia beroperasi bomba kena datang untuk memberikan pengesahan sebelum diberikan kelayakan sijil menduduki C-C-C."

Beliau turut melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut bersabar sementara siasatan dijalankan.