Pusat tahfiz terbakar: PM Najib ucap takziah

Pusat tahfiz terbakar: PM Najib ucap takziah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meninggal dunia pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meninggal dunia pagi tadi.

“Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” tweet Datuk Seri Najib sebentar tadi. 
Dianggkarkan 24 penghuni (22 pelajar dan 2 orang dewasa) pusat tahfiz dikhuatiri terbakar erkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, pagi tadi.

Dua daripada yang terkorban adalah mereka yang bertugas sebagai warden di tahfiz tiga tingkat tersebut.