Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda Camilla, Duchess of Cornwall tiba hari ini bagi lawatan rasmi bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK).
Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 petang dan ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Pengiring Datuk Seri S. K Devamany, yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Vicki Treadell.
Putera Charles dan Camilla kemudiannya berjalan melintasi barisan Kawalan Kehormat statik.
Pasangan diraja itu dijadual melawat pelbagai tempat di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang selain menyertai pelbagai acara penting sepanjang lawatan selama tujuh hari dari 2 hingga 8 Nov.
Putera Charles dan Camilla dijangka bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk kerabat diraja, kanak-kanak kurang upaya dan komuniti perniagaan.
Pasangan diraja itu juga dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara serta menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke Malaysia.
Kerabat diraja British yang pernah melawat Malaysia sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan Putera William, Duke of Cambridge dan isteri Kate Middleton, Duchess of Cambridge, pada September 2012.
Hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital, teknoloji hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.
Malaysia merupakan pasaran eksport kedua terbesar United Kingdom di ASEAN dan UK ialah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah manakala dalam bidang pendidikan, kini terdapat lebih 18,000 rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di UK.
Lawatan pasangan diraja itu merupakan sebahagian daripada lawatan ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov. Putera Charles dan Camilla memulakan lawatan di Singapura pada 30 Okt. Selepas melawat Malaysia, baginda berdua akan meneruskan lawatan ke India selama 11 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2017
Putera Charles dan isteri tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini untuk memulakan lawatan rasmi pertama pewaris takhta Britain itu sehingga 8 November. --fotoBERNAMA
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertabalan Raja Charles: Camilla pilih Mahkota Ratu Mary, 'gugur' permata Koh-i-Noor
Mahkota itu pada asalnya ditauliahkan untuk pertabalan Mary of Teck sebagai Ratu pada pertabalan Raja George V, moyang kepada raja ketika ini pada tahun 1911.
Raja Permaisuri Camilla positif COVID-19
Selepas mengalami simptom selesema, baginda permaisuri disahkan positif virus COVID-19.
Camilla: Siapa permaisuri baharu England?
Lebih 25 tahun selepas kematian isteri pertama Charles, Princess of Wales, Diana, Camilla masih terpalit dengan kontroversi.
Camilla disahkan positif COVID-19
Berdasarkan kenyataan Istana Clarence House, Camilla kini sedang menjalani proses kuarantin.
Ratu Britain Elizabeth mahu Camilla ditabalkan menjadi Raja Permaisuri
Ratu Elizabeth mengucapkan terima kasih kepada rakyat jelata dan kaum kerabatnya atas sokongan yang telah diberikan selama ini.
Putera Charles disahkan positif COVID-19
Prince of Wales, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.
'Amaran' mendiang Puteri Diana kepada Meghan Markle
Sepasang kembar psikik di Amerika Syarikat, Terry dan Linda Jamison yang terkenal dengan ramalan masa depan mereka tampil dengan satu berita menggemparkan.
Putera Charles dan Camilla akhiri lawatan di Malaysia
Pasangan diraja itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 11 pagi dan melintasi pasukan kawalan kehormat, sambil dipayungi kerana hujan gerimis.
Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.
Putera Charles, Camilla tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi
Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 petang.