Putrajaya bakal memiliki masjid ketiga memandangkan populasi penduduk kawasan itu dijangka bertambah sehingga 300,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata tapak pembinaan masjid itu dikenal pasti di Presint 14 di sini dan pihaknya sedang meneliti pembinaan projek berkenaan yang berkonsepkan 'Al-Quran.'
"Kami juga sedang meneliti cadangan untuk membina 'Quran Village' di tapak yang sama dengan pembinaan masjid ketiga itu bagi memartabatkan budaya Islamik dan ilmu al-Quran khususnya kepada pelancong dari luar negara.
"Sekarang kita ada lebih 120,000 penduduk Putrajaya dan kami sedang merancang untuk menambah pembinaan rumah di sini bermakna keperluan masjid itu akan bertambah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Al-Quran Al-Karim Mushaf Putrajaya di sini pada Ahad.
Pada masa ini, Putrajaya memiliki dua buah masjid iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.
Beliau berkata pihaknya juga berusaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat membeli rumah dan premis di Putrajaya supaya kawasan itu tidak hanya terhad kepada pegawai kerajaan sahaja.
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) hari ini melancarkan Al-Quran Al-Karim Mushaf Putrajaya sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya 2020 dan Nuzul Al-Quran 1441H.
Annuar berkata penerbitan al-Quran yang mempunyai identiti tersendiri itu adalah usaha sama antara Perbadanan Putrajaya, Yayasan Restu dan Nasyrul Quran Putrajaya dengan sokongan KWP bagi menyemarakkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan masyarakat serta mewujudkan generasi al-Quran sepanjang zaman
"Sumber rekaan struktur dan motif Al-Quran Al-Karim Mushaf Putrajaya diperoleh dari pelbagai kategori sumber seperti melalui artifak dan warisan seni bina, reka tekstil, reka logam, hias manuskrip dan sebagainya.
"Sumber motif turut diperoleh dari landskap, flora dan persekitaran di Putrajaya di samping daripada maklumat lain seperti sumber ekonomi, pentadbiran dan politik, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya.
"Ia diterbitkan dengan versi MUFIQ (Mudah Untuk Fahami Isi Quran) dalam versi Bahasa Melayu iaitu Al-Quran Al-Karim bertajwid dengan terjemahan berserta ensiklopedia al-Quran selain menggunakan gaya seni Khat Nasakh pada bahagian ayat dan Khat Thuluth pada bahagian tajuk surah dan bilangan juzuk," katanya.
Beliau berkata sasaran bagi percetakan al-Quran itu adalah sebanyak 25,000 naskhah bagi diwakafkan kepada semua masjid, sekolah dan perpustakaan sekitar Putrajaya dengan cetakan awal sebanyak 5,000 naskhah.
Annuar berkata jumlah kos yang diperuntukkan bagi projek ini adalah RM2 juta dengan RM1 juta disumbangkan oleh KWP manakala RM1 juta menerusi sumbangan pelbagai pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020
Annuar berkata pihaknya juga berusaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat membeli rumah dan premis di Putrajaya
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.