awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya Inter-Park Ride dijadual berlangsung esok dibatal berikutan jerebu

Bernama
Bernama
03/10/2015
15:19 MYT
Putrajaya Inter-Park Ride dijadual berlangsung esok dibatal berikutan jerebu
Pembatalan program edisi ke-30 itu terpaksa dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini, setakat 8 malam tadi, mencecah 167 iaitu pada paras tidak sihat. -Gambar fail
Program berbasikal 'Putrajaya Inter-Park Ride' yang dijadual berlangsung di Taman Wetland di sini, esok dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam laman Facebook rasmi perbadanan itu, berkata pembatalan program edisi ke-30 itu terpaksa dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini, setakat 8 malam tadi, mencecah 167 iaitu pada paras tidak sihat.
Mengikut jadual, 'Putrajaya Inter-Park Ride' sepatutnya bermula pada 7 pagi hingga 12 tengah hari, dan dirasmikan Presiden PPj Datuk Hasim Ismail dan disertai 1,000 peserta.
Program itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas penggunaan taman untuk kegiatan fizikal, terapi tekanan dan menyembuhkan penyakit, selain tempat bagi komuniti dewasa dan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka kekayaan alam sekeliling berkonsepkan 'Healthy Park, Healthy People'.
Dalam pada itu, PPj berkata peserta yang telah mendaftar dan membuat bayaran boleh datang ke Taman Wetland esok, untuk mengambil baju kemeja T, pingat serta 'pelekat pasport' untuk pemegang pasport khas acara.
"Tuan puan juga boleh mengambil barangan berkenaan pada hari lain dengan menghubungi pihak penganjur. Sila bawa resit dan kad pengenalan sebagai bukti," menurut PPj.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Perbadanan Putrajaya
#PPj
#Putrajaya Inter-Park Ride
#Taman Wetland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan