awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putus badan dibaham buaya ketika sedang cari kangkung

Rohana Wahed
Rohana Wahed
28/11/2019
14:53 MYT
Putus badan dibaham buaya ketika sedang cari kangkung
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Miri untuk bedah siasat.
Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari kangkung di kawasan sebuah parit di Ladang Tanjung Payung, di sini.
Kejadian tersebut berlaku Isnin lalu berhampiran Ladang Tradewinds, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu sekitar jam 5 petang.
Insiden malang itu turut disaksikan rakan mangsa yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah yang mengesahkan kejadian itu berkata, usaha mencari dan menyelamat warga Indonesia tersebut dilakukan pekerja ladang lain sejurus menyedari kejadian itu.
Menurutnya, separuh badan yang dipercayai milik mangsa telah dijumpai salah seorang pekerja ladang pada keesokan harinya, kira-kira jam 11.57 pagi Selasa.
"Antara yang ditemui ialah bahagian keratan tangan kanan, bahagian punggung dan potongan sebelah kaki kiri hingga punggung.
“Anggota badan mangsa tersebut ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian berdekatan Sungai Telong," katanya.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Miri untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#Ladang Tanjung Payung
#pekerja ladang
#Polis Daerah Miri
#putus badan
#Sungai Telong
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan