awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pyongyang halang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2017
04:02 MYT
Pyongyang halang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara
Terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - Gambar fail
Korea Utara mengeluarkan larangan sementara kepada rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.
Arahan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.
Kementerian Luar Korea Utara dilaporkan telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu terdapat 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara.
Tiga merupakan kakitangan kedutaan Malaysia manakala enam lagi adalah ahli keluarga mereka.
Dua lagi petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara tersebut.
Semalam, Korea Utara mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu, Mohamad Nizan Mohamad sebagai Persona Non Grata dan perlu meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula pukul 10 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, Mohamad Nizan sejak minggu lalu sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau telah berada di Malaysia.
Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia pada pukul 3.55 petang waktu Malaysia semalam.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#larangan
#Malaysia
#persona non grata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan