Dana Pembangunan Qatar (QDF) sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memantapkan lagi Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, yang kini memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Ketua Pengarah QDF, Khalifa Jassim Al Kuwari pada hari kedua lawatan rasminya ke Qatar.
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
"Wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), selaku agensi penyelaras, dan juga wakil daripada QDF telah bersetuju untuk bertemu dan mengambil tindakan-tindakan susulan segera bagi memuktamadkan pelan strategik dan cadangan program-program berkaitan yang bakal dilaksanakan di bawah sumbangan pihak Qatar itu," katanya, di sini hari ini.
Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuat kunjungan hormat ke atas Pengasas Bersama dan Pengerusi Yayasan Qatar Bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti, Sheikha Moza Nasser.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu ,Sheikha Hind Hamad Al Thani.
Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk menjalinkan kerjasama erat dan memperluaskan lagi skop hubungan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Qatar.
Beliau berkata antara bidang yang menjadi fokus utama perbincangan ialah pendidikan, penyelidikan, kesihatan, kanak-kanak dan pembangunan sosial.
"Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu dan penderitaan yang dialami etnik Rohingya dan saya merakamkan penghargaan kepada Sheikha Moza di atas kesudian Qatar untuk memberikan bantuan kepada Malaysia dalam membantu menguruskan pelarian Rohingya di negara kita," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata Sheikha Hind juga telah menjemput Malaysia untuk menghantar lebih ramai pelajar Malaysia ke Qatar dan dalam hal itu, kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk memenuhi permintaan itu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kewangan Qatar, Ketua Eksekutif Barwa Bank dan Ketua Pegawai Eksekutif Qlnvest.
"Perbincangan semasa jamuan itu berkisar kepada peluang kerjasama antara Malaysia dan Qatar dalam sektor perbankan dan kewangan Islam.
"Sejurus selepas itu, saya juga telah bertemu Ketua Jabatan Pelaburan dan Ketua Dana Pelaburan Serantau Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, Faisal Thani Al Thani dan perbincangan kami tertumpu kepada usaha untuk merancakkan lagi pelaburan Qatar ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018
Dr Wan Azizah bertemu Sheikha Moza, sambil diperhatikan Sheika Hind (kiri), ketika membuat lawatan ke Yayasan Qatar di Doha, 26 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.