awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raba kemaluan murid, guru dipenjara 10 tahun dan sebat 18 kali

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2018
15:02 MYT
Raba kemaluan murid, guru dipenjara 10 tahun dan sebat 18 kali
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan terhadap Fadzil Sulaiman selepas membuat pengakuan itu. - Gambar hiasan
Pegang, raba, gongcang kemaluan selain memeluk muridnya itu adalah fakta yang diakui oleh seorang guru terlampau ketika prosiding di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.
Akibatnya, Hakim, M Kunasundary menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan terhadap Fadzil Sulaiman selepas membuat pengakuan itu.
Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kesembilan, guru disiplin itu mengaku mencabul kehormatan enam murid lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah itu, di sini, antara Januari dan September 2017.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Fadzil,55, dalam rayuannya memohon meringankan hukuman atas alasan telah insaf dan mempunyai isteri serta lima orang anak yang perlu ditanggung.
Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkhidmat di sekolah itu sejak 1998 telah memanggil mangsa masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sesi persekolahan berlangsung.
Selain itu, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sewaktu program kursus pengakap.
Kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#cabul
#Fadzil Sulaiman
#guru disiplin
#mencabul kehormatan
#penjara
#raba
#sebatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan