Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Tidak perlu lagi kaedah suntikan vaksin anti-rabies dan akan digantikan dengan kaedah umpan dalam makanan. - Gambar hiasan
KUCHING: Kerajaan negeri akan menggunakan kaedah umpan dalam makanan untuk menggantikan vaksin bagi mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pad Isnin.

Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizar semasa melakukan kunjungan hormat baru-baru ini.
"Selepas ini, kita tidak perlu lagi kaedah suntikan vaksin anti-rabies dan akan menggantikannya dengan kaedah umpan dalam makanan. Perbincangan lebih lanjut dengan pihak Jabatan Veteriner mengenai perkara tersebut akan kita usahakan dalam masa terdekat," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Dalam Negeri (JPBN) Sarawak itu.

Beliau berkata setakat ini, usaha JPBN dalam mengekang penularan wabak rabies telah menunjukkan perkembangan yang positif apabila tiada lagi kes gigitan dan kematian baharu dicatat selepas kali terakhir enam kes dilaporkan pada tahun lepas.
"Sasaran kita menjelang 2021 adalah tiada lagi kematian akibat rabies, dan 2025 adalah bebas rabies. Bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk terus berwaspada dengan melaporkan segera kepada pihak berwajib jika ada melihat anjing yang mempunyai simptom-simptom rabies," katanya.

Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.

-- BERNAMA


Tag: rabies, anjing gila, sarawak, Douglas Uggah Embas, veterinar, kaedah umpan dalam makanan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.