Jangan panik!

Radiasi selular yang digunakan dalam teknologi 5G tidak berbahaya dan pada asasnya selamat untuk manusia, kata seorang ahli akademik pada Sabtu.

Pensyarah Chua Tien Han dari Pusat Komunikasi Wayarles Universiti Teknologi Mara Kuala Lumpur berkata ini kerana teknologi generasi kelima (5G) menggunakan spektrum elektromagnetik terendah dalam julat dari 3 KHz (kilohertz) hingga 300 GHz (gigahertz).

Beliau bagaimanapun berkata tahap prestasi mobile baharu dengan kelajuan ultra-tinggi dan latensi rendah melihat pada 26 GHz dan 28 GHz, yang kini muncul sebagai dua band paling penting dalam julat ini.

"Satu-satunya impak, saya fikir ialah kesan bahang. Namun kes thermal ini tidak ada kaitan dengan kanser atau karsinogenik," kata beliau di luar forum Siri Digital Outlook 2019: Membentuk Landskap Digital diadakan bersempena pameran, 5G Malaysia Showcase di sini pada Sabtu.

Matlamat pameran itu ialah untuk memberi pencerahan kepada rakyat tentang bagaimana teknologi 5G memberi impak dan manfaat kepada kehidupan mereka.

Pameran berlangsung dua hari mulai Ahad.

Dalam ceramah satu jam itu, Chua menjelaskan kebimbangan mengenai dakwaan bahawa spektrum frekuensi yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan kesihatan tidak baik kepada manusia.

Beliau berkata kajian semasa menunjukkan pendedahan kepada Radio Frekuensi Elektromagnetik Field (RF-EMF) adalah dalam had yang diperakukan di bawah garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Radiasi Non-Ionising (ICNIRP).

Ramai orang macam tidak faham mengenai radiasi dan menjangka 5G menyebabkan kanser atau ketumbuhan di otak.

Teknologi 5G yang terletak dalam kategori radiasi non-ionising kerana selfon memancarkan radiasi radiofrekuensi (gelombang radio), tambahnya.

Ultraviolet, cahaya tampak, infrared, gelombang mikro, gelombang radio adalah contoh radiasi non-ionising sementara ultraviolet light, sinaran-x, sinaran gamma dianggap sebagai ionising.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Penolong Pengarah Kanan di Kementerian Kesihatan Nursharul Aman Johari mencadangkan negara mempertimbang menggubal akta, sama seperti peraturan Perlindungan Radiasi (Radiasi Non-Ionising) Singapura pada masa depan.

Katanya, ini bagi memantau dan melindungi pekerja atau individu bila bekerja menggunakan alat yang termasuk laser dan lain-lain sumber cahaya.