awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi didenda selepas didapati bersalah hina ahli UMNO

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2016
05:20 MYT
Rafizi didenda selepas didapati bersalah hina ahli UMNO
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap ahli UMNO melalui artikel yang diterbitkan tahun lalu. - Gambar fail
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengeluarkan kenyataan mengaibkan.
Perkara itu telah disahkan beliau menerusi laman Twitternya sebentar tadi yang turut memaklumkan bahawa beliau telah didenda sebanyak RM1,800.
Jumlah itu hanya kurang RM200 daripada jumlah denda yang boleh menyebabkan Rafizi hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan denda RM1,800 kerana bersalah menghina Umno (ha3). Sekarang menunggu bayar denda sebelum boleh dibebaskan
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 26, 2016
Selain itu, menurut Berita Harian, mahkamah turut memerintahkan beliau menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap ahli UMNO melalui artikel yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada 2014 bertajuk 'Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?'.
Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Rafizi, 38, yang didakwa mengikut Akta 504 Kanun Keseksaan.
Rafizi dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communications Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, jam 11.40 pagi, pada 4 Februari 2014.
Tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#mengaibkan
#PANDAN
#PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan