Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 pada bulan lepas tidak dapat dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kerana telah mendedahkan maklumat rahsia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pendedahan maklumat secara terbuka dalam sidang media pada 24 dan 28 Mac lepas itu menyebabkan identiti Rafizi sudah terdedah dan tidak melayakkannya menjadi pemberi maklumat yang diberi perlindungan di bawah akta tersebut.
"Dalam hal ini, seseorang yang hendak menjadi pemberi maklumat hendaklah memenuhi keperluan di bawah Seksyen 6 Akta ini iaitu sebarang pendedahan berkaitan maklumat salah laku hendaklah dibuat terus kepada agensi penguatkuasaan yang melaksanakan akta ini," katanya dalam jawapan bertulis di
Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (DAP-Bagan).
Lim bertanyakan peranan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat di Malaysia dan kenapa Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak dilindungi di bawah akta ini.
Rafizi ditahan sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 5 April lepas.
Dalam pada itu, Nancy berkata Bahagian III, klausa 7 (1) Akta Pemberi Rahsia turut memperuntukkan seorang pemberi maklumat diberikan perlindungan merangkumi perlindungan maklumat sulit seperti identiti, perlindungan daripada tindakan sivil dan jenayah akibat pendedahan yang dibuatnya serta turut dilindungi daripada dikenakan tindakan yang memudaratkan dirinya serta mana-mana orang yang mempunyai hubungan dengannya.
Akta tersebut berperanan memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar seperti jenayah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta, katanya.
Bernama
Wed May 18 2016
NANCY: Akta tersebut berperanan memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar seperti jenayah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta. - Gambar fail
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Rafizi tidak dilindungi akta kerana dedah maklumat secara terbuka - Nancy
Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 pada bulan lepas tidak dapat dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kerana telah mendedahkan maklumat rahsia.