awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rai Kaamatan dalam kepelbagaian kaedah komunikasi moden

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
29/05/2020
09:18 MYT
Rai Kaamatan dalam kepelbagaian kaedah komunikasi moden
Halimah berkata, namun sambutan itu diraikan menerusi pelbagai kaedah komunikasi moden bagi memutuskan rantaian COVID-19. - Gambar Facebook@Halimah Sadique
Biarpun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun sambutan Pesta Kaamatan bagi sebahagian warga Sabah masih boleh diraikan.
Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, bagaimanapun sambutan itu perlu dirai dalam keadaan normal baharu bagi memutuskan rantaian COVID-19.
"Ketika sebahagian warga Sabah sedang membuat persediaan untuk menyambut Tadau Kaamatan, kita baharu sahaja meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Meraikan kepelbagaian melalui sambutan perayaan adalah budaya yang unik masyarakat Malaysia.
"Walaupun kita tidak dapat bersua muka untuk menyambut Tadau Kaamatan pada kali ini, kerana mematuhi arahan PKPB untuk memutuskan rantaian COVID-19, namun kita tetap masih boleh bersama melalui pelbagai kaedah komunikasi moden," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Halimah mengajak semua pihak untuk terus berganding bahu mengukuhkan kesepaduan dengan memelihara kestabilan, keamanan dan keharmonian negara agar perpaduan yang menjadi impian akan dapat dicapai.
"Mudah-mudahan pengorbanan kita hari ini akan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Semoga perayaan menuai tahun ini membawa pengertian yang mendalam tentang kepelbagaian dan kebersamaan kita semua," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hari raya
#kaamatan
#koronavirus
#Malaysia
#menteri
#perpaduan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#tadau kaamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan