awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais dilantik penasihat kerajaan hal ehwal sosial dan budaya

Bernama
Bernama
05/07/2013
09:08 MYT
Rais dilantik penasihat kerajaan hal ehwal sosial dan budaya
Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau akan melaksanakan tugas baharunya sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri dengan sebaik mungkin.
Beliau yang mengesahkan pelantikan itu berkata beliau akan memberi laporan dan cadangan yang berkaitan sosial dan budaya kepada Perdana Menteri untuk kepentingan negara.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang menaruh kepercayaan untuk saya menjawat jawatan itu.
"Sebagai penasihat, tentu hal itu harus cermat dan mengambil kira pelbagai aspek dan elemen dalam memperjuangkan hal-hal sosial dan kebudayaan," katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.
Mengulas lanjut, Rais berkata pelantikannya ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai.
Beliau dalam pada itu berkata kedua-dua tanggungjawab baharu itu boleh dirangkulkan bersama terutama dalam membawa UIAM menerokai bidang baharu berkaitan sosial dan kebudayaan.
Rais dilantik sebagai Presiden keenam UIAM berkuat kuasa 2 Jun lepas bagi tempoh lima tahun menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Topic Berkaitan
#menteri
#Rais Yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan