Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menzahirkan rasa gusar terhadap isu umat Islam dibincangkan menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakuinya selepas mengadakan tele-persidangan bersama ketua negara Arab Saudi itu pada Selasa.
Ujarnya, Raja Salman berpandangan bahawa isu tersebut lebih sesuai untuk dibincangkan di pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Saya bersama dengan Raja Arab Saudi. Baginda maklumkan sebab-sebab baginda tidak datang.
“Baginda takut sesuatu yang tidak baik (berlaku) kepada umat Islam.
“Baginda punya pendapat adalah berlainan daripada kita. Pendapat baginda adalah lebih baik perkara seperti ini dibincangkan dalam mesyuarat OIC,” katanya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
Dr Mahathir bagaimanapun bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan baginda untuk perkara sebegitu dibincangkan dalam mesyuarat OIC.
Namun, tegasnya penganjuran KL Summit yang bakal membuka tirai pada Rabu tetap akan diteruskan.
“Kita buat ini tiga negara sahaja. Itulah sebabnya.
“Baginda berpendapat bahawa perkara seperti ini tidak patut dibincang dua tiga negara sahaja dan saya bersetuju dengan dia,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Tue Dec 17 2019
Raja Salman bimbang sesuiatu berlaku pada umat Islam. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Imran Khan akan hadir KL Summit akan datang
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menjelaskan akan hadir ke ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) akan datang.
Dr Mahathir seru negara Muslim guna dinar emas, sistem barter
Ia bagi membantu mengukuhkan kadar mata wang serta meningkatkan kekuatan ekonomi di kalangan negara terlibat, tanpa terlalu bergantung kepada sistem mata wang Barat.
Eropah jadi pilihan pelarian, negara Islam belum cukup bertindak - Sultan Nazrin
Baginda percaya banyak perubahan positif akan dapat dicapai jika krisis yang mendepani umat Islam dijadikan asas pada siri sidang kemuncak akan datang.
KL Summit 2019: 'Adakah siaran anda ke peringkat antarabangsa?' - Tanya Tun Mahathir kepada Astro AWANI
Perdana Menteri berpuas hati dengan laporan oleh agensi berita tempatan dan luar negara sejak hari pertama persidangan itu berlangsung.
Negara Islam kaya perlu gerakkan sumber, bantu negara miskin - Azmin
Keadaan itu terhasil ekoran sumber berkenaan tidak dieksploitasi dengan cekap, serta kadar produktiviti yang bergerak pada kadar perlahan.
'Bukan hanya mengejar syurga, tapi jadikan dunia ibarat syurga' - Maszlee
Maszlee menegaskan ia termasuk menjadikan para pelajar dan penuntutnya bersedia mendepani cabaran global sekali gus mencipta penyelesaian.
Lima MoU dimeterai sempena Sidang Kemuncak KL 2019
Perjanjian tersebut melibatkan program pertukaran belia, keselamatam makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan.
Gagal kejar teknologi punca negara Muslim ketinggalan jauh - Dr Mahathir
Kegagalan dunia Islam mengikuti perkembangan arus teknologi bukan Muslim merupakan antara faktor mengapa kebanyakan negara Muslim ketinggalan jauh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dunia Islam ketinggalan dalam arus teknologi - Dr Mahathir
Banyak kemajuan yang sebelum ini tidak terbayang dalam fikiran, telah pun tercapai hasil perubahan arus teknologi masa kini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KL Summit 2019 pentas cari solusi tangani Islamophobia - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan delegasi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur mengenai bahayanya peningkatan persepsi ketakutan terhadap Islam, atau Islamophobia serta keperluan.