awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Raja Muda Kerajaan Jin' direman

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2020
07:29 MYT
'Raja Muda Kerajaan Jin' direman
Pada Selasa seorang lelaki yang mendakwa ditabalkan sebagai Raja Muda oleh Kerajaan Jin diberkas. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Muda’ sebuah 'Kerajaan Jin' ditahan reman selama empat belas hari bermula hari ini.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) daerah Dungun mendapatkan perintah reman terhadap suspek yang berusia 34 tahun itu di Mahkamah Majistret Dungun, di sini.
Majistret Hazwanie Hussain Bustari membenarkan reman terhadap suspek bermula Rabu bagi siasatan lanjut.
Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Penagihan Dadah 1983.
Suspek seterusnya akan dibawa ke Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Besut untuk tindakan lanjut.
Pada Selasa seorang lelaki yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ oleh ‘Kerajaan Jin’ diberkas.
Penahanan itu juga adalah kali ketiga dilakukan terhadap pemuda berkenaan.
Suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang di sebuah surau di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun.
Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
Topic Berkaitan
#AADK
#Agensi Anti Dadah Kebangsaan
#Besut
#Dungun
#Kerajaan Jin
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Raja Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan