Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Jumaat menitahkan agar segala aset wakaf di Perlis didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Baginda bertitah langkah itu bertujuan memastikan niat asal dan hasrat pewakaf terpelihara serta harta wakaf ditadbir berpandukan hukum syara' serta ketetapan ulil amri.
"Sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf negeri Perlis berdasarkan Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis, MAIPs dilihat berpotensi memainkan peranan signifikan menyemai semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat.
"Selari dengan peruntukan enakmen itu, semua pihak harus menghormati peranan dan tanggungjawab besar yang perlu dimainkan MAIPs," titah baginda pada Majlis Amal Dana Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis di sini.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada MAIPs yang diterajui anakanda baginda, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs serta kakitangannya atas kejayaan melaksanakan penyerahan siap bangunan pusat dialisis kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 3 Feb lepas untuk dioperasikan pihak HTF.
"Pusat rawatan dialisis serba lengkap berkenaan dapat merealisasikan hasrat murni MAIPs dan pihak hospital khususnya seluruh pewakaf demi meringankan beban penderitaan pesakit buah pinggang kronik tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang," titah baginda.
Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan pembinaan pusat rawatan dialisis bernilai RM6 juta itu dan mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak untuk terus memberi sumbangan memandangkan pusat itu masih memerlukan RM3 juta.
Mengenai majlis yang berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM920,000 daripada 52 penyumbang, baginda bertitah bahawa ia merupakan manifestasi aspresiasi MAIPs kepada syarikat, badan korporat dan orang persendirian yang menghulurkan sumbangan dalam bentuk wakaf tunai bagi merealisasikan pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis HTF.
"Penghargaan ini amat bermakna kepada penyumbang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap kejayaan projek ini. Ia adalah terjemahan kepada nilai budi pekerti mulia dan keikhlasan sebagai insan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin turut memuji inisiatif pusat wakaf dialisis itu dan mahu ia dijadikan contoh bagaimana pihak bukan kerajaan dapat menjadi pelengkap kepada inisiatif dan usaha pihak kerajaan menyediakan kemudahan untuk keselesaan rakyat.
"Dengan pelaksanaan Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis HTF ini, MAIPs berjaya melengkapkan keperluan masyarakat dalam segmen kesihatan berskala besar," titah baginda.
MAIPs mewujudkan inisiatif Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis HTF sejak 2014 sebagai satu kaedah menyalurkan bantuan kepada penerima rawatan dialisis khususnya golongan asnaf.
Pusat yang memulakan pembinaan pada 3 Apr 2018 itu melibatkan kos RM6 juta, bakal membantu HTF meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis kondusif, efisien serta mengurangkan giliran menunggu yang panjang.
Pusat yang bakal menjadi pusat rawatan dialisis terbesar seliaan KKM itu berkeluasan 1,822 meter persegi dengan kapasiti 66 katil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) berkenan memegang replika cek sumbangan wakaf bernilai RM2,766,296.28 pada Majlis Amal Dana Wakaf Tunai Projek Bangunan Wakaf MAIPs dan Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar, di Kuala Lumpur, 14 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
Raja Perlis titah segala aset wakaf didaftarkan atas nama MAIPS
MAIPs dilihat berpotensi memainkan peranan signifikan menyemai semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat.