Seorang bapa dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan atas empat pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang juga merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran.
Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku bersalah atas semua pertuduhan.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 376b Kanun Keseksaan, Seksyen 377b Kanun Keseksaan dan seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia 12 tahun.
Perbuatan itu dilakukan disebuah rumah di Kampung Durian Penjara, Marang kira-kira jam 11 pagi pada 20 September lalu.
Tertuduh turut mengulangi perbuatan yang sama terhadap mangsa di beranda sebuah rumah di daerah Marang pada 21 September kira-kira jam 5 pagi.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kira-kira jam 11 pagi pada 20 September.
Selain itu tertuduh turut didakwa menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit di sebuah rumah di Marang pada 20 September lalu kira-kira jam 11 pagi.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah masing-masing menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan serta memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.
Manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan dua sebatan sementara itu bagi pertuduhan keempat tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan enam sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan pemandu lori itu diletakkan dibawah pengawasan selama setahun mengikut seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu hakim dalam penghakimannya berkata perbuatan yang dilakukan tertuduh amat keji dan terkutuk dimana tertuduh sepatutnya memberi contoh dan mendidik anaknya memandangkan mangsa adalah OKU tetapi bertindak sebaliknya apabila mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Sharom Abu Bakar
Tue Oct 08 2019
Pemandu lori terbabit mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 12 tahun. - Foto Astro AWANI
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay