Sudahlah dengan selamba masuk ke dalam tandas wanita dengan hanya berseluar dalam ‘boxer', malah dia berani merakam gambar aksi seorang wanita yang ketika itu berada di dalam tandas.

Bagaimanapun perlakuannya terbongkar apabila wanita terbabit berjaya mengesan cubaan dilakukan lelaki terbabit.

Aksi jelik lelaki terbabit yang juga seorang Inspektor polis menjadi tular apabila mangsa bertindak merakamkan perlakuan onarnya sebaik dia ditangkap di sebuah pusat membeli belah di Bandaraya Alor Setar semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat semalam.

Beliau berkata, polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di sebuah pusat membeli-belah, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis telah menahan suspek tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita di tingkat empat pasaraya terbabit..

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik suspek itu mengandungi ketulan dadah disyaki jenis syabu seberat 0.62 gram.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kes kini disiasat di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine dan kes disiasat di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952