Rakaman audio tidak jejas tumpuan saya - Ahmad Faizal

Rakaman audio tidak jejas tumpuan saya - Ahmad Faizal
AHMAD FAIZAL: Jika ada apa-apa berlaku di belakang saya tidak tahu cuma daripada mata kasar saya, semuanya lancar.
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan rakaman audio yang tular mirip suara seorang Exco kerajaan negeri yang mengkritik pentadbirannya tidak menjejaskan tumpuannya untuk menjalankan tugas.

Malah, kata beliau, sejak hari pertama menjadi Menteri Besar, sudah tersebar khabar angin kononnya ada usaha untuk menjatuhkannya, namun sehingga ke hari ini masih kekal.
Menurutnya, pada mata kasar semuanya berjalan lancar, malah tiada masalah untuk bekerjasama dengan semua Exco.

"Saya kekal dengan kenyataan saya sebelum ini kerana dalam Exco kita tak ada apa-apa masalah, tapi jika ada apa-apa berlaku di belakang saya tidak tahu cuma daripada mata kasar saya, semuanya lancar.

"Mengenai tular rakaman audio yang kononnya suara salah seorang Exco, ia belum dibuktikan dan yang penting kerajaan masih berjalan seperi biasa.

"Saya tak dengar lagi, dalam dunia sekarang mungkin palsu, mungkin ia benar. Saya fikir ada pihak yang telah buat laporan dan tengoklah entah ya entah tidak, saya pun tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat bilik media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Jumaat.

Tag: menteri besar perak, MB perak, ahmad faizal azumu, khabar angin, exco, politik perak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.