Sebarang rakaman video termasuk daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam atau hak persendirian adalah tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.
Beliau berkata sebarang penyebaran rakaman sedemikian adalah menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
"Berkenaan kandungan CCTV seperti itu (termasuk rakaman hotel) tertakluk kepada perlindungan data peribadi, di mana pihak pengurusan hotel perlu berdaftar dengan JPDP supaya maklumat semua rakaman tersebut dilindungi," katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff yang ingin tahu adakah penyebaran video daripada rakaman CCTV atau hak persendirian seperti premis hotel juga dikira sebagai kesalahan di bawah akta berkenaan.
Mengenai kesalahan di bawah akta tersebut, Eddin Syazlee berkata JPDP telah menerima 680 aduan daripada subjek data bagi tahun 2018 dengan sebanyak 46 peratus kes berjaya diselesaikan dan ditutup.
Jenis kesalahan paling kerap diterima pula ialah aduan berkaitan pelanggaran tujuh prinsip perlindungan data peribadi terutamanya prinsip am, penzahiran dan keselamatan, katanya.
"Golongan pengguna data yang merekodkan aduan tertinggi adalah golongan institusi perbankan dan insurans serta aduan berkaitan penzahiran data peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran (ejen pengutip hutang) dan pemasaran langsung," katanya.
Beliau berkata Akta 709 itu penting dalam meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara di dunia yang menguatkuasakan perundangan mengenai perlindungan data peribadi seperti United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, New Zealand, Australia, Macau, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Rakaman CCTV tertakluk kepada perlindungan data peribadi. - Gambar hiasan
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Rakaman CCTV tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Sebarang penyebaran rakaman sedemikian adalah menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.