awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman pelajar mabuk dibuli rakan jadi viral

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2017
02:47 MYT
Rakaman pelajar mabuk dibuli rakan jadi viral
Video berdurasi dua minit setengah itu dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, pada Khamis.
PENGGUNA laman sosial meluahkan rasa terkilan susulan penyebaran sebuah video yang memaparkan sekumpulan remaja menganggu rakan mereka yang seperti dalam keadaan mabuk.
Video berdurasi dua minit setengah itu dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, pada Khamis.
Ia memaparkan beberapa orang pelajar, menganggu seorang pelajar yang kelihatan khayal.
Kesemua mereka saling berbalas kata dengan menggunakan perkataan tidak sopan dalam bahasa Tamil, dan adakalanya didengari menggesa rakan mereka yang mabuk itu untuk menari.
Lokasi kejadian tidak dapat dipastikan namun kesemua remaja itu mengenakan uniform sekolah.
Situasi itu menimbulkan rasa tidak senang ramai yang mempersoalkan bagaimana ia boleh berlaku.
Neela Siva dalam komennya berkata, ibu bapa sepatutnya mengetatkan pemantauan terhadap anak-anak remaja kerana dalam usia sedemikian, mereka cenderung untuk mencuba apa sahaja yang diletakkan di hadapan mereka.
"Ibu bapa mesti memantau semua aktiviti anak-anak. Jika tidak, satu lagi kejadian tidak diingini akan berlaku. Bila mereka akan sedar?" kata Neela.
Pendapat sama dikongsi pengguna Facebook lain, dan beranggapan ibu bapa perlu dipertanggungjawab atas kejadian itu.
"Apa tindakan ibu bapa? Jemu mendengar laporan seperti ini," tulis Thulasi Dhayalan.
"Ini sebahagiannya kesilapan ibu bapa. Mereka sepatutnya memantau aktiviti anak-anak mereka. Memalukan saja," kata Rasa Suppiah.
Topic Berkaitan
#buli
#mabuk
#pelajar
#remaja
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan