awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat berada dalam ketakutan, SOSMA sepatutnya untuk pengganas - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/10/2015
04:27 MYT
Rakyat berada dalam ketakutan, SOSMA sepatutnya untuk pengganas - Tun M
Sidang media itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin BN berpengaruh. - Gambar Astro AWANI/NABAL SHAH
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sepatutnya untuk pengganas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Sidang media itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional berpengaruh antaranya adalah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.
“SOSMA untuk pengganas. Sekarang ia menakutkan rakyat. Mereka tidak melakukan sesuatu yang ditakrif sebagai sabotaj kerajaan,” kata Tun Mahathir.
MESTI BACA: 10 fakta anda perlu tahu tentang SOSMA
‘Mereka’ yang dimaksudkan mantan Perdana Menteri itu merujuk kepada penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Mahathir berkata penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu itu bertentangan dengan semangat dan tujuan akta itu diluluskan Parlimen.
"Kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.
"Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," kata Dr Mahathir.
Ditanya berkenaan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan pada masa ini, Dr Mahathir berkata kerajaan harus membebaskan kedua-dua individu tersebut.
"Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.
BACA: TI-M kecam tindakan ke atas 'whistleblower'
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menetapkan Oktober 23 bagi pihak pendakwa raya untuk mengumpul bukti bagi membenarkan kes melibatkan Khairuddin dan Matthias disebut semula.
Kedua-dua mereka didakwa sengaja melakukan tindakan dianggap menjejaskan perbankan negara dan perkhidmatan kewangan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Muhyiddin Yassin
#Ong Tee Kiat
#Shafie Apdal
#SOSMA
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan