awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat diingatkan beri kerjasama pada PDRM - Tun M

Fareez Azman
Fareez Azman
25/03/2019
02:30 MYT
Rakyat diingatkan beri kerjasama pada PDRM - Tun M
Polis Diraja Malaysia memerlukan kerjasama seluruh rakyat untuk membanteras jenayah di negara ini. - Gambar Astro AWANI
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini jangan mengambil sikap tidak tahu atau berpaling muka sebaliknya memberi bekerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaporkan sebarang jenayah.
Menurut Perdana Menteri, kerjasama seluruh rakyat mampu mengurangkan kadar jenayah serta tindakan penahanan penjenayah boleh dilakukan.
Dr Mahathir berkata, penglibatan rakyat amat penting dalam membantu PDRM menangani jenayah dan usaha tindakan anasir cuba mengugat kedaulatan negara dan ketenteraman rakyat.
“Rakyat perlu sedar, amanah keselamatan negara dibahu PDRM tetapi keberkesanan tindakan mereka bergantung kerjasama daripada kita.
"Jika kita ambil sikap memaling muka apabila berlaku jenayah terhadap orang lain dan tidak ambil insitiaf lapor polis penjenayah itu mungkin akan terlepas.
"Jangan lupa ababila suatu hari jenayah terjadi terhadap diri kita dan orang lain ambil sikap tidak tahu kita akan derita dan penjenayah bebas," kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian dalam Amanat Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Polis 212 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Isnin.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#PDRM
#Perdana Menteri
#Polis Diraja Malaysia
#Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan