awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN

Bernama
Bernama
18/05/2017
23:25 MYT
Rakyat disaran manfaat program jelajah TN50 - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata program jelajah itu adalah platform paling tepat yang disediakan kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara. -Gambar fail
Rakyat daripada pelbagai peringkat disaran untuk memanfaatkan program siri jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan berkongsi cadangan dan pendapat supaya dasar kerajaan dapat direalisasikan menjelang 2050.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata program jelajah itu adalah platform paling tepat yang disediakan kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara.
"Kita faham ini program baharu dan mungkin masih ada yang kurang faham apa itu sebenarnya TN50 ini...sebab itu kita mahu seluruh peringkat masyarakat bekerjasama dengan kerajaan bersama-sama memberi pandangan mereka sebagai usaha melengkapkan transformasi ini.
"Kerajaan menerusi kepimpinan sedia ada akan mempergiatkan usaha memberi penerangan termasuk memperkasakan aktiviti turun padang bertemu rakyat bagi memberi pendedahan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Siri Syarahan Tahunan KSN 2017 Mengenai Agenda Transformasi Kerajaan anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, yang turut dihadiri Naib Canselornya Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.
Ali berkata pandangan atau idea golongan muda amat penting untuk didengar kerajaan memandangkan golongan itu merupakan penentu kepada kejayaan TN50.
"Sebab itu siri jelajah ini kita turut buka peluang kepada golongan belia dan para penuntut universiti selain penyertaan sektor kerajaan, swasta dan beberapa agensi serta badan bukan kerajaan yang lain," katanya.
TN50 yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Ia menggariskan tujuh fokus yang dikenal pasti sebagai aspirasi generasi muda iaitu nilai murni, urus tadbir, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan meletakkan Malaysia di pentas global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TN50
#transformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan