awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor, MCMC meterai MoU bandar pintar dengan peruntukan RM450 juta
Nahas pesawat Sulawesi: Operasi SAR dibahagi kepada 9 pasukan
RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia berdepan hukuman gantung, Liew mohon ihsan Singapura

Bernama
Bernama
20/11/2019
21:00 MYT
Rakyat Malaysia berdepan hukuman gantung, Liew mohon ihsan Singapura
LIEW: Amat menyedihkan untuk melihat warga senegara menerima hukuman tersebut, lebih-lebih lagi memandangkan fakta kes tersebut dan jarak yang dekat antara dua negara kita. - Gambar fail/BERNAMA
Singapura digesa supaya menunjukkan belas kasihan terhadap warga Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman mati di negara itu pada Jumaat ini setelah disabitkan atas kesalahan mengedar dadah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata individu berkenaan disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada Mac 2017 atas tuduhan mengedar kira-kira 16 gram heroin.
Petisyen pengampunannya kemudiannya ditolak pada awal bulan Julai 2019.
Beliau berkata Malaysia telah mengisytiharkan moratorium terhadap hukuman mati di negara ini bagi kesemua kesalahan jenayah pengedaran dadah sementara kajian komprehensif dijalankan selaras dengan piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
"Oleh itu amat menyedihkan untuk melihat warga senegara menerima hukuman tersebut, lebih-lebih lagi memandangkan fakta kes tersebut dan jarak yang dekat antara dua negara kita," katanya.
Bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah, Liew berkata, 'kingpin' dadah serta pengedar sebenar yang berselindung dalam urus niaga pengedaran dadah ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
"Walaupun keldai dadah melakukan satu kesalahan di sisi undang-undang, ia merupakan satu kesalahan yang wajar dihukum dengan tidak lebih daripada hukuman penjara," katanya dan menambah bahawa ia merupakan ketidakadilan dan tidak setimpal bagi keldai dadah menanggung nasib hukuman mati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belas kasihan
#hukuman mati
#Liew Vui Keong
#Mahkamah Tinggi Singapura
#mengedar dadah
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Singapura
#warga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan