Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu bagi memastikan keselamatan mereka di sana.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam satu kenyataan ringkas di media sosial turut meminta rakyat Malaysia di sana supaya menghindari kawasan-kawasan protes.

"Situasi di Amerika Syarikat (AS) sekarang amat tidak menentu ekoran protes yang berlaku di beberapa bandar di sana.

"Rakyat Malaysia di AS mesti hindari kawasan protes serta patuh perintah berkurung yang dikuatkuasakan Kerajaan AS," katanya.

Hishammuddin meminta rakyat Malaysia yang belum berdaftar supaya berbuat demikian dan sentiasa menjaga keselamatan mereka di sana.

BACA: Kematian George Floyd: White House dikawal ketat, Atlanta isytihar darurat

Krisis penunjuk perasaan di Amerika Syarikat kini semakin parah apabila ribuan rakyat turun di jalanan membantah kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di beberapa bandar utama di AS ternyata gagal untuk menyekat serta meredakan kemarahan sebahagian rakyat dan kumpulan aktivis terhadap pihak berkuasa negara itu.