awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat - Reezal Merican

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/03/2017
04:59 MYT
Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat - Reezal Merican
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata yang lain terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka. - Gambar fail
Kesemua 11 rakyat Malaysia di Korea Utara pada ketika ini berada dalam keadaan selamat.
Perkara tersebut disahkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan 11 rakyat Malaysia itu terdiri daripada empat kakitangan kedutaan, dua kakitangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan lima anggota keluarga kakitangan kedutaan.
"Apa yang boleh saya katakan pada masa kini kesemua 11 mereka berada dalam keadaan yang selamat. Tidak wujud isu yang mengatakan mereka tidak selamat. Tiada ancaman terhadap mereka," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan tiada pelancong mahupun wartawan Malaysia berada di sana pada ketika ini.
Katanya, Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat susulan isu tersebut termasuk usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.
Topic Berkaitan
#Diplomatik
#Korea Utara
#Malaysia
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan