Rakyat Malaysia diseru untuk terus memainkan peranan proaktif dalam menzahirkan bantahan terhadap penindasan dan kekejaman ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu perlu sebagai usaha menggesa kerajaan Myanmar memberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya.
Selain itu, katanya, kerajaan Myanmar juga diminta mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan kebencian dan mencetuskan keganasan terhadap kumpulan etnik tersebut.
"Kita mahu Myanmar iktiraf etnik Rohingya...kumpulan ini mempunyai hak dan mereka pernah diangkat oleh presiden pertama Myanmar sebagai antara penduduk di negara itu.
"Malaysia berpegang kepada hak asasi kemanusiaan...kita tidak mahu timbul langsung soal diskriminasi terhadap mana-mana etnik atau pun bangsa sebab itu kita perlu teruskan perjuangan menentang kezaliman itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan 'Peduli Ummah-Pray 4 Rohingya' di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Syed Hamid berkata rakyat Malaysia juga perlu bersama menperjuangkan hak masyarakat Rohingya itu supaya konflik kemanusiaan yang berlaku di Myanmar dapat diselesaikan segera.
"Kerajaan Myanmar dilihat memandang rendah kepada kaum minoriti di negara itu...tidak hairanlah mengapa mereka menafikan hak kerakyatan etnik Rohingya sehingga beratus ribu orang Rohingya meninggalkan Myanmar.
"Kita akan bagi keadilan...kita akan kumpul bukti untuk tunjuk kepada mahkamah antarabangsa berlakunya kes jenayah kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya ini," katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi menyifatkan penindasan etnik Rohingya di Myanmar sangat mendukacitakan umat Islam seluruh dunia.
"Manusia masyarakat Madani walaupun berbeza agama, mesti berhubung...apa yang berlaku di Myanmar adalah salah dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan," katanya yang mahu rakyat Malaysia bersatu hati menangani isu kemanusiaan di Myanmar itu.
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi sehingga mendorong ribuan penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa turut melibatkan tentera Myanmar.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu perlu sebagai usaha menggesa kerajaan Myanmar memberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya. - Foto Bernama
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.
Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perkara itu dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok hari ini.
Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim
Kaum minoriti paling tertindas di dunia itu juga menetap dalam wilayah ASEAN sejak berdekad-dekad lamanya.
Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.
Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC
Kerajaan harus mengambil kira segenap aspek sekiranya mahu menimbangkan cadangan tersebut supaya tidak wujud diskriminasi kepada warga tempatan.