Tinggal dua hari lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadualkan berakhir, namun ramai yang masih degil apabila 61 individu direman atas kesalahan ingkar arahan PKPB, pada Sabtu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 159 individu termasuk 28 daripada kompaun itu dikeluarkan di sekatan jalan raya.
Sementara itu katanya, sebanyak 225,345 kenderaan diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Sabtu berbanding 293,181 pada hari sebelumnya.
"Pemeriksaan tersebut dibuat dalam 133 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan yang sama, Ismail berkata Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 72,889 pemeriksaan pada Sabtu bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 7,740 operasi sanitasi merangkumi 132 zon setakat Sabtu.
“Sebanyak 11,252 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,650 pusat perniagaan, bangunan kerajaan (4,309 , kawasan perumahan termasuk PPR (1,584), tempat awam (2,357) dan pasar raya (352).
“Semalam (Sabtu) sebanyak 48 operasi sanitasi dilakukan di 38 zon membabitkan 12 negeri antaranya Sabah sebanyak 11 operasi sementara Johor, Sarawak dan Terengganu masing-masing enam operasi," katanya.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 07 2020
Sabri Yaakob berkata, PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 159 individu termasuk 28 daripada kompaun itu dikeluarkan di sekatan jalan raya.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
PKP: Waktu operasi kedai makan masih kekal 6 pagi hingga 8 malam
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Khamis.
Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya
PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.
COVID-19: Senarai sekolah ditutup di daerah Klang
Berikutan pertanyaan mengenai penutupan sekolah di daerah Klang, kerajaan mengeluarkan senarai sekolah penuh yang terlibat.
PKPB empat zon merah di Sabah dan Selangor mulai 9 Oktober
Empat kawasan itu merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
Pusat kuarantin di hotel akan ditutup - Ismail Sabri
Pusat kuarantin di hotel akan mula ditutup memandangkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kini boleh menjalani kuarantin di kediaman masing-masing jika ujian COVID-19 disahkan negatif.
Rakyat Malaysia masih degil, 61 individu ditahan ingkar PKPB
Tinggal dua hari lagi PKPB dijadualkan berakhir, namun ramai yang masih degil apabila 61 individu direman atas kesalahan ingkar arahan PKPB, pada Sabtu.
COVID-19: Perdagangan Malaysia susut 16.4 peratus
Pandemik COVID-19 yang menganggu rantaian bekalan global menyebabkan perdagangan Malaysia pada April 2020 menyusut 16.4 peratus kepada RM133.24 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengesanan dalam komuniti diteruskan, meskipun kes semakin berkurangan - Dr Noor Hisham
Meskipun kes jangkitan semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menjalankan aktiviti pengesanan jangkitan COVID-19.
Usah bimbang, bekalan keperluan cukup - Ismail Sabri
Bekalan barangan keperluan harian adalah mencukupi dan mampu untuk menampung keperluan dalam negara.
PKPB: Nasib jurugambar perkahwinan diketahui Selasa depan - Ismail Sabri
Nasib jurugambar perkahwinan sama ada mereka dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sektor lain atau sebaliknya pada tempoh pandemik ini akan diketahui, Selasa depan.