awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia mati ditikam dalam pergaduhan di Sadao

Bernama
Bernama
16/09/2019
16:05 MYT
Rakyat Malaysia mati ditikam dalam pergaduhan di Sadao
Penyiasat Polis Sadao, Kapten Pairote Wongtawin berkata mangsa dikatakan mengekori seorang wanita tempatan ke apartmen tersebut dan cuba masuk melalui pintu kaca. - Gambar fail
Seorang lelaki warga Malaysia maut selepas ditikam oleh seorang pengawal keselamatan dalam pergaduhan di Sadao, Songkhla, selatan Thailand awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pukul 2 pagi (waktu tempatan) apabila lelaki berusia 46 tahun dari Pulau Pinang bergaduh dengan pengawal keselamatan tersebut di sebuah apartmen.
Penyiasat Polis Sadao, Kapten Pairote Wongtawin berkata suspek berusia 46 tahun itu mendakwa mangsa cuba memasuki apartmen tanpa kad akses.
Dia berkata mangsa dikatakan mengekori seorang wanita tempatan ke apartmen tersebut dan cuba masuk melalui pintu kaca.
"Suspek yang bertugas ketika itu memberitahu mangsa untuk berhenti. Bagaimanapun, pergaduhan kemudian berlaku, menyebabkan mangsa ditikam.
"Suspek mendakwa dia ditumbuk dahulu oleh mangsa yang memaksanya menikam lelaki itu di perut," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sadao.
Suspek sementara itu, menunggu di tempat kejadian sebelum menyerah diri kepada polis.
Beliau menambah, suspek didakwa atas tuduhan membunuh. Suspek menghadapi hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah.
"Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Saudara lelaki mangsa tiba hari ini untuk urusan membawa balik mayatnya yang dijangka diterbangkan ke Pulau Pinang esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sadao
#mati ditikam
#meninggal dunia
#rakyat Malaysia
#Sadao
#Songkhla
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan