Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin atau annulus.

Pembentukan ‘cincin berapi’ di kala tengah hari itu tercetus apabila apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.

Kali terakhir fenomena ini berlaku di Malaysia pada 22 ogos 1998 dan semestinya ramai rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena itu.

Di Malaysia, tempat yang paling sesuai untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas adalah di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.

Tidak ketinggalan, Planeterium Negara juga menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Anulus (CINCIN) di ibu negara.

BACA: Pengalaman saksikan gerhana matahari cukup menginsafkan diri - Ustaz Mohamad

Ternyata fenomena ini juga mendapat perhatian di media sosial.

Rata-rata ramai rakyat Malaysia teruja untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu, malah ada yang menyatakan bahawa sesetengah kawasan mula mendung disebabkan fenomena itu.

Antara perkongsian orang ramai menerusi komen di ruangan Facebook.

Ada yang menyatakan bahawa sesetengah lokasi kelihatan seperti mendung.

Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu, pada 22 Ogos 1998 dan Mersing, Johor merupakan lokasi sesuai untuk melihat fenomena itu.