awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia tidak boleh ada dua kewarganegaraan - Peguam Negara

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/05/2017
03:58 MYT
Rakyat Malaysia tidak boleh ada dua kewarganegaraan - Peguam Negara
ADUN Bawang Assan Datuk Woon Soon Koh mendakwa Dr Ting Tiong Choon (gambar) mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia. - Gambar fail
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan hari ini, seorang warganegara Malaysia tidak boleh mempunyai dua kewarganegaraan.
Menurutnya, perkara itu telah termaktub dalam undang-undang sedia ada negara ini.
Beliau mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan kelayakan ahli DAP, Dr Ting Tiong Choon, sebagai wakil rakyat kawasan Pujut pada sidang DUN Jumaat lalu.
"Saya tidak berani nak komen lanjut (mengenai Ting), tetapi dalam undang-undang, jelas bahawa seorang rakyat Malaysia tidak boleh ada dua kewarganegaraan. Itu adalah sangat jelas," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan majlis Pembukaan Mesyuarat Pegawai Kanan Undang-Undang ASEAN (ASLOM) ke-17 di sini hari ini.
Pada Jumaat, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Ting sebagai ahli DUN (ADUN) Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Negeri, Datuk Woon Soon Koh.
Woon yang juga ADUN Bawang Assan mengemukakan usul itu kerana Ting didakwa mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#dua kewarganegaraan
#Mohamed Apandi Ali
#Peguam Negara
#Ting Tiong Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan