awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Myanmar positif COVID-19 ditahan di depoh dari sebelum PKP

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2020
08:35 MYT
Rakyat Myanmar positif COVID-19 ditahan di depoh dari sebelum PKP
Rakyat Myanmar yang dikesan positif COVID-19 sudah lama berada di depoh tahanan, sebelum PKP lagi. - Gambar fail/BERNAMA
Rakyat Myanmar yang dikesan positif COVID-19 selepas pulang ke Myanmar sudah berada di Depot Tahanan Imigresen sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka dikesan positif selepas melakukan ujian di Myanmar.
“Rakyat Myanmar itu, mereka didapati positif selepas pulang ke negara mereka. Mereka buat ujian di sana dan positif. Mereka masuk (ke depoh tahanan) sebelum PKP,” katanya.
Media di negara tersebut sebelum ini melaporkan Myanmar mencatat enam kes positif COVID-19 baru-baru ini dan lima daripadanya merupakan mereka yang dihantar pulang dari Malaysia.
Tegas Ismail Sabri, depoh tahanan di Malaysia mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan melarang orang luar termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melawat tahanan.
“Pelawat dihalang memasuki depot walaupun NGO antarabangsa. Mereka pun tak boleh masuk termasuklah Palang Merah, apa pun tidak dibenarkan masuk ke pusat-pusat tahanan. Ini bagi memastikan keselamatan petugas dalam depoh,” katanya.
Topic Berkaitan
#Depot Tahanan Imigresen
#Imigresen
#ismail sabri yaakob
#koronavirus
#Malaysia
#Myanmar
#NGO
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan