Pakatan Harapan (PH) berdepan cabaran hebat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ini sekiranya rakyat menilai prestasi semasa pakatan itu dalam mentadbir kerajaan selama lebih setahun, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata bagaimanapun sekiranya rakyat dapat memahami betapa sukarnya kerajaan hari ini mengendali dan mengemudi pentadbiran sekarang, mereka (rakyat) akan berikan sokongan.
"Kita akui memang ada cabaran, sebab orang (rakyat) ukur kita bukan berbanding dengan yang lama (kerajaan terdahulu), kalau berbanding yang lama kita akan menang, tetapi mereka (rakyat) ukur kita setelah satu tahun setengah kita perintah.
"Tetapi saya yakin Insyaallah sekiranya mereka dapat fahami betapa sukarnya kita mengendalikan dan mengemudi pentadbiran hari ini, mereka akan beri sokongan," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi PKR Negeri yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzi dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan dan kepimpinan keseluruhannya tidak boleh mengharapkan dokongan rakyat terus menerus sekiranya tidak dapat menjana pertumbuhan ekonomi secara positif dan tidak dapat agihkan kekayaan itu kepada rakyat.
Justeru katanya tugas jentera pilihan raya bagi PRK Parlimen Tanjung Piai haruslah memberi penjelasan kepada rakyat apa yang kerajaan hari ini warisi dari kerajaan terdahulu dan apakah langkah yang telah kerajaan ambil untuk mengatasinya.
"Kadang-kadang maklumat itu tidak sampai, jadi itulah tugas kita untuk sampaikan agar rakyat dapat gambaran sebenar kepimpinan kerajaan hari ini," katanya.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu di Hospital Pontian pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung, dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi pada 16 November ini.
PRK ini menyaksikan pertandingan enam penjuru, melibatkan calon dari PH Karmaine Sardini, calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Mengenai konvensyen pada Sabtu, Anwar menegaskan parti itu perlu kembali berbicara soal rakyat, masalah kemiskinan, di samping membantu kerajaan dalam menjana pertumbuhan ekonomi.
"Saya mahu ahli-ahli jangan lupa terutamanya bila kita tubuh kerajaan kita sibuk dengan jawatan, perebutan, pengaruh kuasa... kita mesti ingat parti ditegakkan untuk jaga kepentingan rakyat," katanya.
Konvensyen sehari itu disertai kira-kira 800 ahli PKR dari seluruh Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Anwar diiringi Aminuddin (kanan) bersalaman dengan ahli PKR ketika hadir pada Konvensyen PKR Negeri Sembilan di Jempol, 9 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.