Portal berita dalam talian, The Rakyat Post mengumumkan penutupan operasinya bermula semalam (Isnin) sehingga diberitahu kelak.

Portal berkenaan, dalam satu kenyataan, turut berterima kasih kepada para pembaca yang telah memberi sokongan selama ini.

Menurut syarikat penganalisis digital comScore, The Rakyat Post pernah muncul sebagai laman web ketiga yang paling kerap dilawati di Malaysia menggunakan peranti mudah alih dan yang ke-13 bagi desktop.

Portal tersebut juga menjelaskan mereka akan mengambil masa beberapa bulan untuk penstrukturan semula untuk menyelesaikan isu berkaitan dana.

STATEMENT FROM TRP:The Rakyat Post is shut down until further notice as of today (February 29, 2016).At our peak we...

Posted by The Rakyat Post on Monday, February 29, 2016