Setelah terpaksa menunggu keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga ke jam 5 pagi, kini rakyat Malaysia menunggu lagi.

Sejak jam 4.40 petang, pihak media dimaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun tiba di Istana Negara bagi upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Upacara pada awalnya dikatakan bakal berlangsung jam 5 petang, namun maklumat terbaharu kepada pihak media memaklumkan bahawa ia ditangguh ke jam 9.30 malam.

BACA: Tun Mahathir angkat sumpah pada jam 9.30 malam

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menggesa agar istiadat pengisytiharan ini disegerakan dan berharap agar kerajaan baharu segera dibentuk hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun mahu agar proses peralihan disegerakan dan tidak boleh dilengahkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak sihat yang mampu menjejas ketenteraman awam dan keselamatan.

Netizen rata-rata juga bimbang kesihatan Tun M yang dilihat tidak mendapat rehat yang cukup sejak hari mengundi pada 9 Mei.