awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat tolak PH pada PRU15 jika ramai pemimpin macam Santiago - Khairuddin

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2019
02:00 MYT
Rakyat tolak PH pada PRU15 jika ramai pemimpin macam Santiago - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Cara Dr Mahathir buat keputusan pada kelazimannya secara konsensus dan bukan peribadi. - Gambar BERNAMA
Majoriti rakyat akan menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya ramai pemimpin berpandangan sempit seperti Charles Santiago.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan Ahli Parlimen Klang itu rupa-rupanya tidak dan masih belum lagi benar-benar mengenali Dr Mahathir.
Jelasnya, rakyat tidak akan menolak kepimpinan Dr Mahathir pada PRU ke-15 kelak, namun sebaliknya akan berlaku jika Santiago terus dengan pemikirannya.
“Santiago harus tumpu dan cukuplah dengan menjaga Parlimen Klang. Isu nasional biar perdana menteri dan barisan Kabinet yang membuat keputusan.
“Cara Dr Mahathir buat keputusan pada kelazimannya secara konsensus dan bukan peribadi. Pada masa kini, apa kuasa yang berlebihan ada pada perdana menteri?
“Perdana menteri bukan ada portfolio kementerian lain seperti dahulu lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: Charles Santiago kini setaraf dengan sayakah? - Tun Mahathir
BACA: 'Dong Zong rasis, semua dia bantah' - Tun Mahathir
Pada Isnin, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.
Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan dalam kalangan Majlis Presiden PH.
Ia dijawab Dr Mahathir dalam nada sinis yang menyifatkan kedudukan Santiago ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.
Dalam pada itu, Khairuddin melihat kemampuan Dr Mahathir pemimpin berusia 94 tahun itu yang ‘boleh nampak’ 100 batu di hadapan berbanding hanya 10 kaki di hadapan untuk Santiago.
“Dr Mahathir adalah tokoh negarawan terulung yang paling lama melalui semua tahap kepimpinan negara dari sebelum merdeka lagi.
“Untuk ini Santiago tidak perlu risau. Apa yang penting dia jaga Parlimen Klang baik-baik,” tegasnya.
Dalam kontroversi pengenalan tulisan khat Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4, Santiago turut berkata Dr Mahathir dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sepatutnya menyedari sensitiviti isu itu sebelum mengumumkannya.
Jelasnya, terlalu banyak masa dibazirkan memperdebatkan isu khat itu sedangkan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Topic Berkaitan
#Facebook
#JAWI
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#presiden
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan