Bagi mereka yang inginkan pengalaman percutian berbeza seperti 'beramah mesra' dengan dinosaur, Jurassic Croc tarikan terbaharu di Crocodile Adventureland Langkawi yang terletak di Jalan Teluk Datai di sini ada jawapannya.
Bayangkan keterujaan anda apabila kunjungan ke Jurassic Croc akan disambut oleh dua dinosaur iaitu Velociraptor dan Dilophosaurus serta berpeluang berswafoto dengan haiwan prasejarah itu.
Bukan itu sahaja para pengunjung juga dapat menyaksikan, replika seekor buaya gergasi daripada spesies, Sarcosuchus berukuran 15.24 meter yang pernah hidup di zaman dinosaur, membuat kemunculan dari dalam sebuah gua secara tiba-tiba.
Biarpun Velociraptor dan Dilophosaurus itu sekadar kostum yang dipakai oleh kakitangan Crocodile Adventureland Langkawi manakala Sarcosuchus ialah replika dinosaur yang digerakkan secara animatronik, keterujaan para pelancong ke Jurassic Croc dapat dirasai.
Ini susulan lokasi tarikan terbaharu tersebut turut menawarkan aktiviti bersifat interaktif sejak dibuka pada pertengahan Disember tahun lepas.
Menurut Pengurus Besar Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd., Adam Fuaad yang mengendalikan Crocodile Adventureland Langkawi, Jurassic Croc adalah usaha pihaknya untuk memberi nilai tambah terhadap taman buaya yang sebelum ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai taman buaya terbesar di negara ini selain memenangi anugerah kecemerlangan daripada laman sesawang pelancongan dunia, TripAdvisor.
"Jurassic Croc ini Crocodile Adventureland Langkawi dapat 'menghidupkan' kembali buaya prasejarah iaitu Sarcosuchus yang pernah menguasai dunia melalui teknologi animatronik. Buaya Sarcosuchus ataupun 'Super Croc' yang berukuran 15.2 meter ini merupakan buaya animatronik yang terbesar pernah dipamerkan di dunia dan telah dibuka untuk tontonan umum mulai pertengahan Disember tahun lalu.
Selain itu, terdapat juga beberapa haiwan zaman jurassic lain yang akan diperkenalkan kepada pengunjung seperti Velociraptor dan Dilophosaurus serta anak buaya, Sarcosuchus," katanya kepada Bernama.
Bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia (VM2020) pembukaan Jurassic Croc pastinya menambah lagi tarikan di taman buaya yang menempatkan lebih 4,000 ekor reptilia itu daripada enam spesies (buaya) antaranya Tomistoma, Siamese, Guinea dan Saltwater (Buaya Tembaga).
Seorang pengunjung Chia Sui Nee, berusia lingkungan 20-an, dari Alor Setar berkata biarpun Jurassic Croc hanya kawasan interaktif namun pengalaman berswafoto dan beramah mesra dengan Velociraptor serta Dilophosaurus amat mengujakannya.
Bagi Julinda Ayob, 40-an, elemen terbaharu itu amat menarik di samping memberi pengetahuan tambahan kepadanya mengenai dinosaur menerusi papan-papan maklumat yang diletakkan di sekitar taman interaktif itu yang memberikan suatu pengalaman baharu kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak .
Selain Jurassic Croc, taman buaya itu turut memiliki tarikan lain seperti 'Bujang Basar', buaya tembaga jantan gergasi berukuran 4.6 meter dengan berat hampir satu tan yang dinobatkan memiliki ukuran badan terpanjang dan terberat pernah ditempatkan dalam taman buaya di negara ini oleh MBOR.
Para pengunjung juga berpeluang melihat kakitangan terlatih memberi makan reptilia ganas yang ditempatkan di kolam khas, merasai pengalaman 'pancing' buaya serta pelbagai lagi tarikan di taman buaya terbesar di Malaysia itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020
Bayangkan keterujaan anda apabila kunjungan ke Jurassic Croc akan disambut oleh dua dinosaur iaitu Velociraptor dan Dilophosaurus serta berpeluang berswafoto dengan haiwan prasejarah itu. - Gambar Crocodile Adventureland Langkawi
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Ramah mesra dengan dinosaur di Jurassic Croc Taman Buaya Langkawi
Bagi mereka yang inginkan pengalaman percutian berbeza seperti 'beramah mesra' dengan dinosaur, Jurassic Croc tarikan terbaharu di Crocodile Adventureland Langkawi