Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Rancang perjalanan, elak bahayakan diri bersolat tepi lebuh raya - Mufti Kelantan

Rancang perjalanan, elak bahayakan diri bersolat tepi lebuh raya - Mufti Kelantan
Menurutnya, Islam mengunjurkan umatnya supaya berhati-hati dan mengingatkan supaya tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rancang perjalanan pulang ke kampung sebaiknya supaya tidak membahayakan diri apabila bersolat di laluan kecemasan di lebuh raya.

Mengulas berita tular umat Islam bersolat di lebuh raya, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan itu mendatangkan bahaya kepada mereka dan dalam Islam, bahaya perlu sedaya-upaya dielakkan.

Menurutnya, Islam mengunjurkan umatnya supaya berhati-hati dan mengingatkan supaya tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

“Ini lebih kepada perancangan perjalanan. Sebelum berjalan, kita kena merancang - boleh sembahyang di mana, ditambah pula dengan keadaan sesak seperti yang berlaku.
“Saya ucap tahniah kerana dalam kesibukan, kepayahan macam mana pun, masih tunaikan solat tapi berhati-hatilah,” katanya kepada Astro AWANI.

BACA: Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan
Tambahnya, sekiranya mereka tidak mahu tertinggal waktu solat, sebaiknya mereka merancang untuk bergerak selepas waktu solat dan tidak perlu membahayakan diri dengan bersolat di laluan kecemasan.

“Itulah berpunca daripada kita tak rancang perjalanan. Kita tahu dah, kita akan jangka solat Subuh di mana, itulah perlu kepada perancangan itu.

“Kalau kita rasakan keutamaan solat kita itu, lepas solat Subuh barulah kita berlepas,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dalam situasi bermusafir atau perjalanan seperti itu (bagi solat fardu lain), Islam membuka ruang untuk mereka menunaikan solat secara jamak (kumpul) dan qasar (pendekkan).

“Sebab itu dalam musafir ini kita dibuka ruang untuk solat qasar dan jamak, maka keluar saja dari rumah atau mukim, kita dah boleh solat qasar dan jamak.

“Bila dah masuk waktu, kita terus solat qasar dan jamak,” katanya.

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihat agar tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan media pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.


Tag: Astro, Astro Awani, Islam, Media, keselamatan, rumah, Pantai Timur



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.