TERDAPAT sebuah cerita dongeng tentang asal-usul permainan catur. Seorang pemuda asing mempersembahkan kepada maharaja sebuah negara cara permainan inovasi tersebut.
Maharaja sangat kagum dengan inovasi permainan tersebut, lalu baginda bertitah: “Namakan ganjaran kamu!”
Pemuda asing itu menjawab: “Wahai maharaja, saya hanya meminta ganjaran yang kecil untuk ciptaan saya ini. Tuanku kurniakan kepada saya sebiji padi untuk petak papan catur pertama, dua biji untuk petak kedua, empat untuk petak seterusnya, lapan untuk petak seterusnya dan untuk semua 64 petak, dengan setiap petak mempunyai dua kali ganda bilangan petak sebelumnya.”
Maharaja bersetuju, kagum dengan keikhlasan pemuda tersebut yang hanya meminta ganjaran yang kecil – tapi itu hanyalah sangakaan baginda.
Selepas seminggu, bendahara negara menghadap dan memaklumkan kepada baginda bahawa perbendaharaan negara sudah tidak mencukupi untuk membayar ganjaran kecil pemuda tersebut kerana ganjaran itu berganda dengan pantas, jauh lebih pantas sehinggakan jika kesemua beras yang boleh dibayangkan yang dapat dihasilkan oleh negara tersebut untuk beberapa abad masih tidak mencukupi.
Inovasi penting kepada sesebuah negara sebagai penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara tersebut.
Pengajaran kisah catur menggambarkan bagaimana keadaan negara jika tiada inovasi dirancakkan oleh sesebuah kerajaan. Mengimport inovasi luar hanyalah penyelesaian sementara kerana seperti yang digambarkan oleh cerita tersebut, kebergantungan negara kepada sumber luar hanya akan mempercepatkan aliran keluar tunai negara.
Model ekonomi Solow-Swan mengenalpasti kemajuan teknologi adalah salah satu pemacu ekonomi jangka panjang. Model ini menegaskan kebergantungan kepada modal insan dan modal tunai semata-mata adalah tidak mencukupi kerana pertumbuhan ekonomi akan kaku kerana produktiviti diperlahankan dengan ketiadaan inovasi yang membantu memangkin produktiviti.
Industri revolusi 4.0 (IR4) adalah salah satu pemangkin pemacu ekonomi yang membawa sumber ekonomi baru kepada sesebuah negara. Sebelum ini, IR2 contohnya, membawa sumber kekayaan baru kepada negara Amerika dengan kemajuan industri automobil melalui inovasi daripada Henry Ford.
Inovasi bekalan elektrik yang dicipta oleh pakar tempatan Thomas Edison dan Nikola Tesla membuka satu lagi sumber kekayaan baru kepada Amerika Syarikat. Ciptaan Thomas Edison telah mendapat perhatian pemodal J.P. Morgan dan seterusnya mencipta satu cabang ekonomi baru bukan sahaja kepada Amerika bahkan juga dunia.
Beberapa IR silih berganti dimana sumber kekayaan yang dilimpahkan bukan sedikit, di antaranya adalah industri internet ketika IR3. Syarikat-syarikat gergasi muncul seperti cendawan meneroka IR3 seperti IBM, Microsoft dan Apple. Ketika IR3, Malaysia tidak ketinggalan, Multimedia Super Corridor (MSC) diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan visi yang murni untuk membuka peluang IR3 kepada rakyat Malaysia. Cyberjaya dibangunkan sebagai tempat semaian.
Malangnya, sumber kekayaan IR3 tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh Malaysia kerana ketandusan inovasi
Kini, IR4 baru membuka tirainya. Terdapat beberapa faktor kenapa IR4 dicadangkan di antaranya kerana ketepuan inovasi dan kelestarian margin keuntungan kepada perniagaan yang semakin mengecil.
Salah satu tunjang IR4 adalah kecerdasan buatan/Artificial Intelligence (AI). Baru-baru ini, kerajaan Malaysia mengumumkan rancangan untuk membangunkan Rangka Kerja Kercerdasan Buatan Kebangsaan (RKKBK) sebagai pengembangan Rangka Kerja Analisis Data Raya Nasional yang diperkenalkan pada Oktober 2017.
Dalam rangka ini, kerajaan akan menubuhkan Program Percepatan Transformasi Digital (D-TAP) untuk syarikat- syarikat sederhana dan konglomerat yang menyumbang secara signifikan kepada KDNK nasional. Kerajaan juga menubuhkan Makmal Transformasi Digital untuk membantu dalam penciptaan produk dan perkhidmatan digital baru. Ini adalah berita baik kerana sumber kekayaan baru akan diteroka oleh rakyat Malaysia sendiri.
IR4 dan teknologi AI masih tiada yang mendominasi. Contohnya, automasi kereta yang menjadi ciri-ciri idaman syarikat pengeluar kereta seperti BMW. Persoalannya, dimanakah kedudukan Proton dan Perodua di dalam perlumbaan ini? Persoalan seterusnya, adakah automasi kereta akan menyinkirkan sepenuhnya manusia di dalam industri automobil?
Jika dilihat automasi kereta keluaran Google dengan jelas dapat diperhatikan bahawa keadaan kereta pada masa depan adalah tidak mesra pemandu. Ini kerana, kereta pintar tidak memerlukan kemudi (steering) kereta, gear kereta, tempat duduk pemandu dan banyak lagi.
Dengan kata lain, kereta tanpa pemandu masa depan adalah lebih mesra mesin dan tidak mesra manusia. Automasi ini akan menyingkirkan hampir kesemua pemandu manusia dari industri teksi. Mereka ini akan dimasukkan ke dalam statistik pengganguran yang menjadi tanggungjawan kerajaan untuk membantu mereka.
Yang lebih menyedihkan, Geeley sudah tentu lebih mengutamakan produk AI dan automasi daripada negara China daripada universiti penyelidikan tempatan. Realitinya, kebanyakkan syarikat gergasi IT di Malaysia seperti Google, Microsoft, Oracle dan banyak lagi tidak membuka institut penyelidikan tetapi lebih kepada pemasaran dan penjualan produk mereka di Asia Tenggara. Syarikat Ali Baba yang akrab dengan pemimpin-pemimpin negara mempunyai institut penyelidikan di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia.
Kini, masih tiada berita berkenaan RKKBK. RKKBK adalah penting kepada negara untuk memulakan perlumbaan meneroka sumber kekayaan baru daripada IR4 kerana tanpanya sukar untuk merancang strategi dan perancangan penerokaan IR4. Tanpa RKKBK, negara akan sentiasa menjadi negara pengguna teknologi dan melambatkan proses transformasi digital disamping mengugat keselamatan negara.
Walaupun jauh ketinggalan oleh Malaysia pada IR3, China kini mendahului Malaysia dengan menjadi pengeksport teknologi berasaskan IR4. Diantara unsur penting di dalam RKKBK adalah keselamatan kecerdasan buatan (AI Safety). AI Safety adalah etika yang harus di ikuti oleh teknologi AI untuk mengelak kesilapan membuat keputusan oleh mesin pintar.
AI Safety juga merangkumi keselamatan sesebuah teknologi AI daripada negara luar kepada sesebuah negara. Malaysia mempunyai armada tentera untuk menjaga keselamatan negara secara fizikal, CyberSecurity Malaysia menjaga perairan siber secara digital, tetapi Malaysia masih tiada armada untuk AI Safety.
Saya menggambarkan kepentingan AI Safety dengan beberapa senario. Sistem pengecaman wajah yang diimport dari negara luar untuk mengecam wajah penjenayah melalui CCTV adalah satu transformasi digital.
Bayangkan, jikalau sistem pengecaman wajah tersebut diajar terlebih dahulu supaya tidak membuat sebarang tindakan jikalau mengecam wajah individu tertentu. Ataupun kereta pintar tanpa pemandu dilatih untuk membuat serangan jikalau melihat pemimpin negara tertentu. Satu cadangan untuk AI Safety ialah dengan memperkenalkan Explainable AI di dalam RKKBK. Explainable AI adalah teknologi AI yang boleh dipercayai
Setiap tindakan yang diambil dan mudah difahami oleh manusia. Teknologi AI sekarang tidak telus dan segala tindakan yang diambil oleh sistem pintar tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada sesiapa pun termasuk syarikat yang membekal teknologi AI tersebut.
Contohnya, sekiranya sebuah kereta pintar secara tiba-tiba mengambil tindakan melangar pemimpin negara, kereta itu tidak dapat disabitkan kesalahan. Hanya dengan kerangka RKKBK dengan unsur AI Safety dan Explainable AI ancaman dan risiko tersebut dapat dikurangkan.
Bayangkan sekiranya IR1 adalah petak pertama catur dimana modal insan, modal tunai dan perubahan teknologi adalah harga yang harus dibayar oleh negara. Berterusan kepada petak kedua papan catur (IR2) dimana harga modal-modal tersebut berganda kerana pengaruh inflasi dan ekonomi global.
Kemudian petak catur ketiga (IR3) yang menggandakan lagi harga modal-modal cadangan Solow-Swan, dan sekiranya IR4 kerajaan masih berpeluk tubuh maka negara akan kehilangan peluang untuk meneroka sumber kekayaan baru.
Negara sedang berdiri di titik perubahan dalam teknologi. Kadar perubahan dalam teknologi AI semakin pantas jauh melepasi jangkaan pakar. Kemajuan ini akan membawa faedah yang besar kepada negara kerana teknologi AI akan membantu menangai masalah yang sukar seperti di dalam bidang perubatan, alam sekitar dan banyak lagi. Walau bagaimanpun, kemajuan ini datang bersama risiko.
Implikasi AI untuk keselamatan negara menjadi lebih parah setiap tahun jikalau bergantung kepada teknologi-teknologi AI dari negara luar. Walaupun kita digambarkan oleh laporan berita tentang kebaikan teknologi AI, kerajaan perlu konservatif. Kerajaan perlu bercita-cita tinggi untuk bertindak balas dengan berkesan dengan mempercepatkan Rangka Kerja Kecerdasan Buatan Kebangsaan.
Dr Azree Shahrel Ahmad Nazri
Sun Jan 06 2019
Mengimport inovasi luar hanyalah penyelesaian sementara kerana kebergantungan negara kepada sumber luar hanya akan mempercepatkan aliran keluar tunai negara. - Gambar hiasan
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.