awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia purba Gua Niah Sarawak akan dibawa pulang dari Florida, AS

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2020
09:13 MYT
Rangka manusia purba Gua Niah Sarawak akan dibawa pulang dari Florida, AS
Menurut Abdul Karim, kesemua tulang manusia purba itu dibawa ke Universiti Florida bagi tujuan penyelidikan kerana ketika ditemui, Sarawak belum memiliki universiti bagi menjalankan kajian. - Gambar FAIl/BERNAMA
Rombongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak akan berlepas ke Florida, Amerika Syarikat minggu hadapan bagi membawa pulang 122 tulang pra-sejarah yang ditemui di Gua Niah pada 1966.
Kesemua tulang manusia purba itu dibawa ke Universiti Florida bagi tujuan penyelidikan kerana ketika ditemui, Sarawak belum memiliki universiti bagi menjalankan kajian.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah misi ini penting kerana tulang berkenaan merekodkan sejarah sebenar negeri Sarawak yang telah wujud ribuan tahun dahulu.
“Kita memang tahu di gua ini pernah dihuni suatu ketika dahulu dan ini merupakan lokasi penempatan lebih daripada 60 ribu tahun dahulu, jadi ini kita boleh anggap sebagai tapak yang cukup bersejarah bukan sahaja kepada Sarawak, tetapi Borneo dan juga Nusantara,” jelasnya.
Kesemua tulang manusia purba terbabit ditemui di Gua Niah sewaktu kurator Muzium Sarawak pertama, Tom Harisson melakukan kerja penggalian antara tahun 1957 dan 1967.
Koleksi tulang manusia purba yang berusia dari empat ribu hingga 65 ribu tahun ini akan dipamerkan di Kompleks Muzium Sarawak yang baru siap dibina dan sedang menjalani kerja ubah suai serta disasarkan dibuka hujung tahun ini.
Pastinya dengan koleksi unik ini, Sarawak bakal jadi tumpuan pelancong dan peminat koleksi prasejarah dunia.
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Amerika Syarikat
#arkeologi
#AWANI Sarawak
#gua niah
#Sarawak
#tulang gua Niah
#Universiti Florida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan