awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkul ibu saudara dalam bilik air, lelaki dituduh cabul kehormatan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/09/2019
11:57 MYT
Rangkul ibu saudara dalam bilik air, lelaki dituduh cabul kehormatan
Tertuduh yang belum berkahwin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu saudaranya berusia 64 tahun dengan memeluk pinggang bagi tujuan mencabul kehormatan mangsa. - Foto Astro AWANI
Seorang pemilik bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang warga emas yang juga ibu saudaranya, minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu saudaranya berusia 64 tahun dengan memeluk pinggang bagi tujuan mencabul kehormatan mangsa.
Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik air di sebuah rumah di Ayer Molek, Melaka sekitar 4 petang, 21 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripadanya.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan RM5,000 diberikan terhadap tertuduh serta tidak menganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Topic Berkaitan
#Ayer Molek
#cabul
#cabul ibu saudara
#cabul warga emas
#jenayah
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan